Saturday 13 December 2014

Rakan bukannya spare part ataupun Bahan Jenaka

Entah la, aku tidak merasa aku ini dianggap sebagai rakan oleh sebilangan rakan kecil. Aku merasa diri aku sebagai alat ganti atau bahan jenaka. Terus saja aku menyentuh isu sebagai alat ganti, bila sebut ada seorang member, A(bukan nama sebenar) nie susah, aku menyokong dia. Sokong dia dalam bentuk moral, berkongsi ilmu dan dll. sewaktu A tak berapa nak baik sangat dengan B, A nie selalu cerita mengenai masalah dia kat aku. Aku dengar je dan sekali sekala aku memberikan pendapat 20 sen aku nie. Akan tetapi, sejak A nie rapat semula dengan B, aku dah macam kena tolak tepi. Malah, melenting kat aku. Sedih la kena layan macam nie, aku tak tau macam mana nak dapat dengan A nie. Aku nie bukanlah hebat sangat, tapi aku selalu berharap aku nie dilayan seperti member-member dia yang lain. Kalaupun tak dilayan seperti member-member dia yang lain, janganlah layan aku seperti sampah. Bagi aku, seteruk-teruk tak dilayan, teruk lagi dilayan macam sampah.


Berkenaan dengan isu dilayan sebagai bahan jenaka,  aku dah muak dilayan macam ini. Hampir tiap kali aku berbicara dengan mereka, aku kena "drop" ataupun kena bahan.Mungkin ada sesetengah orang berbicara dengan mengatakan bahawa bergurau senda adalah rencah dalam persahabatan, Tapi, mereka lupa bahawa gurau senda yang berlebihan akan membuatkan orang lain menjadi muak dan malah benci. Adakah berkawan dengan aku atas sekadar menjadikan aku sebagai bahan lawak mereka? Adakah aku ini tidak setaraf berbanding mereka? Aku tidak tahu, tidak mengerti, dan tidak mahu tahu. Aku hanya nak mereka hormat seperti mana aku hormat dengan mereka. Sedih memang sedih. Muak tetap muak. Benci tetap benci. Aku hanya mampu meluahkan dalam entri ini kerana melalui entri aku rasa bebas. Harapan aku adalah berhentilah menjadikan aku sebagai jenaka. Harapan ini tidak pernah padam.

Thursday 27 March 2014

Alkisah Bomoh MH370: Ditimpa sedih, Malu pun dapat.

Pada 8 Mac 2014, negara kita telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER dengan kod penerbangan iaitu MH370 telah hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat tersebut berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tgh malam dan dijangka tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi. Tatkala negara kita sedang bersedih akan kehilangan pesawat ini, negara kita juga dimalukan dengan kehadiaran dengan seorang bomoh di KLIA, atau lebih dikenali sebagai Bomoh MH370. Amat menyedihkan bagi sebuah negara Islam membenarkan perbuatan syirik ini dilakukan secara umum dan mendapat liputan media tempatan mahupun luar negara. Negara-negara lain menggunakan teknologi terkini bagi mengesan pesawat malang tersebut tapi lebih malang bagi kita, kerana kita lebih dikenali dengan adanya bomoh yang mahu mencari pesawat dengan perbuatan yang tidak masuk akal. Aktiviti seperti ritual pokok kelapa, duduk atas tikar seolah-olah cerita Laksama DoReMi dan menggunakan bumbu untuk mencari pesawat malang tersebut. Perbuatan tersebut sememangnya jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Tindakan ini sedemikian telah mencemarkan nama baik negara kita dan menjadikan negara kita ini "bodoh" di peringkat antarabangsa. Mencari populariti ketika negara sedang berduka bukanlah cara terbaik dan jika tidak mampu membantu pasukan menyelamat (SAR) secara fizikal, bantulah mereka dari segi spiritual seperti berdoa kepada Allah S.W.T bagi mempermudahkan usaha mereka mencari pesawat yang hilang. Diharap pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan ke atas Bomoh MH370 bagi mencegah perbuatan syirik dan membersihkan nama negara kita,MALAYSIA.

#PrayForMH370

Tuesday 25 March 2014

Niatku ingin berumah tangga.....

Aku melangkah masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada 7 hari bulan September 2011. Sewaktu aku melangkah masuk, tidak pernah aku terfikir untuk mencari pasangan hidup sewaktu di alam universiti. Sebagai pelajar kejuruteraan kimia, memang menjadi suatu kebiasaan jika seharian ditimbuni dengan tugasan, eksperimen, projek bersepadu dan sebagainya. Namun, setelah aku tiba di Tahun 3, aku berkenalan dengan seorang junior aku dari Terengganu. Perkenalan junior-senior adalah menjadi suatu kebiasaan bagiku. Aku berkenalan dengan dia kerana aku ingin menolong junior yang baru nak menyesuaikan diri dengan alam universiti. Setelah lama berkenalan, aku terasa semakin tertarik untuk mengenali dia. Semakin hari, semakin sayang akan dirinya. Walaubagaimanapun, aku terasa mungkin aku sekadar bertepuk sebelah tangan. Akan tetapi, aku sedar terdapat beberapa 'hint' yang dia telah tinggalkan kepadaku. Aku dapat merasakan yang dia juga mempunyai perasaan yang sama tetapi aku tidak berani memberi respon, takut akan ditolak. Semakin hari, medium komunikasi antara kami juga berubah. dari Facebook, ke Twitter, ke Whatsapp dan Line. Pada suatu hari, dia telah meluahkan perasaannya kepadaku. Aku gembira lalu memberikan respon yang positif. Aku pernah memberitahu kepadanya tujuan aku untuk menikahinya dan dia juga bersetuju.. Ku berharap agar hubungan antara aku dan dia kekal sampai ke akhir hayat....

Wednesday 18 July 2012

Compare n Banding......

Apabila diri kita dibandingkan or di"compare" dgn orang lain....pastinya kita merasa kurang senang..namun benda ine kekadang berlaku dalam kehidupan seharian kita..tak kurang juga menganggap benda ini sebagai suatu dorongan itu menjadi lebih baik pada masa hadapan.Biar aku kupas sedikit pendapat aku mengenai kes ini dari sudut positif, seperti apa yg aku cakapkan tadi, "Compare" atau "Banding" boleh mendorong kita untuk menjadi baik....misalnya, tatkala kita mengalami kesusahan untuk mencapai sesuatu impian ataupun matlamat,    kita sentiasa mencari jalan ataupun langkah utk mencapai sesuatu matlamat tersebut. Kita selalu melihat contoh orang2x or individu yg berjaya dlm bdng masing sebagai sumber inspirasi. Keadaan ini memang amat baik untk dipraktikkan. Namun begitu, fenomena ini jga seperti ubat yg mempunyai kesan sampingan yg tdak baik. Apabila seseorang individu membandingkan diri individu A dgn individu B terlalu kerap, ini akan menimbulan masalah seperti tekanan emosi kerana asyik dibandingkan. Kita harus sedar bahawa setiap orang manusia mempunyai had yg tersendiri. Malah, kita harus menerima kelemahan ataupun kekurangan yang ada pada diri sendiri agar kita menjadi seorang individu tahu erti bersyukur. Disamping itu, apabila diri kita dibandingkan dgn orang lain, cubalah kita berfikir secara positif agar minda kita kekal stabil dan memperolehi matlamat yg kita ingini...

Tuesday 12 June 2012

exams..... for engineers...

Kertas Matematik Kejuruteraan 2 (Aljabar) dah hbis.......ada baki 3 kertas lagi sebelum kaki nie melangkah di bumi TAWAU....agak lama jgk x update blog nie...sibuk ngan assignment memanjang...pejam-celik je dah exam....setakat nie alhamdulillah semua ok......lpas ne plak giliran Kimia Fizik mnjenguk aku n member JKKP( Che. Eng) yg lain..... seriously thermodynamics 2 mmg extremely susah...bnyak konsep yg perlu difahami...... masa makin suntuk..apa yang prlu dibuat???? just study jela......SCORE JGN X SCORE!!!!

Thursday 1 March 2012

I Don't Care

inilah ayat yang aku selalu dengar daripada Prof Bakar.....kali pertama aku dengar, aku merasakan kuliah kimia fizik yang akan dipelajari oleh beliau mngkin akan membosankan.......tetapi apabila lecturer aku menerangkan maksud ayat tadi......maknanya cukup dalam.....aku x prnah trfikir ayat yg bunyinya agak negetif mempunyai maksud yang positif..... maksud ayat itu ialah jika kita nak mencapai sesuatu, kita hendaklah mencuba sebaik yg mngkin utk mendapatkannya dan cuba mengendahkan setiap cabaran atau dugaan yang kita tempuhi..... semua impian mahupun cita2x sentiasa ditemani oleh cabaran dan dugaan, mahu atau tidak, kita kena tempuhi laluan itu .... sejauh mana kita sudah bersedia adalah terpulang kepada diri kita sendiri sejauh manakah kita mahukan matlamat atau cita2x...... diri sendiri hendaklah bersedia secara fizikal mahupun mental dan sentiasa berdoa dan berusaha untuk mencapai kejayaan walaupun terpaksa berkorban.......


Wednesday 8 February 2012

Science and Maths vs Sains dan Matematik

berikutan pemansuhan PPSMI, pelajar tingkat 4 dan 1 pada tahun nie guna bahasa melayu dlam pembelajaran sains dan matematik...baru je tadi aku belikan adik aku buku maths a.k.a matematik dan kimia a.k.a chemistry...bila aku bagi je buku tu....dia marah kat aku sbb belikan dia buku2x tu dlm versi bahasa melayu......hurm nmpaknya, adik aku pun masih reject penggunaan bahasa melayu dlm pembelajaran sbb kat sekolah msih lagi dia diajar dalam bhsa inggeris (bdk kelas depan) dan bdk kelas blkng diajar plak dam bhsa melayu.....aku agak melenting jgkla sbb adik aku xnak guna buku tu...dia ckp dia xbiasa bljr bnda2x ni dlm bhasa melayu............huh,,,adik aku dan pelajar2x yg sebaya dgn dia mnjadi bhn uji kaji dasar baru nie.....haish,,,,APA NIE???? PELAJAR bukannya Tikus uji kaji......setiap kali dasar pendidikan berubah...golongan yg akan menerima tempiasnya ialah pelajar dan guru....DULU, BM ke BI....skrng BI ke BM....knpa semua ini trjadi???? tgok la negara2x yg maju, mereka xbising2x mngenai bhsa pngantar dlm sekolah....kat Malaysia, itulah isunya,....sampai dijadikan isu politik lagi.....pendidikan ada suatu kepentingan besar kepada negara...bkn boleh dibuat sesuka hati...tukar sana tukar sini.....selamilah jiwa pelajar dan para guru dan bukannya ikut kepada agenda politik masing2x....aku nie x sokong sape2x pun....Neutral...akhir kata.....Pelajar masa kini ialah Batu Asas kepada sebuah bangunan yg dipanggil Masa Depan...