Saturday 13 December 2014

Rakan bukannya spare part ataupun Bahan Jenaka

Entah la, aku tidak merasa aku ini dianggap sebagai rakan oleh sebilangan rakan kecil. Aku merasa diri aku sebagai alat ganti atau bahan jenaka. Terus saja aku menyentuh isu sebagai alat ganti, bila sebut ada seorang member, A(bukan nama sebenar) nie susah, aku menyokong dia. Sokong dia dalam bentuk moral, berkongsi ilmu dan dll. sewaktu A tak berapa nak baik sangat dengan B, A nie selalu cerita mengenai masalah dia kat aku. Aku dengar je dan sekali sekala aku memberikan pendapat 20 sen aku nie. Akan tetapi, sejak A nie rapat semula dengan B, aku dah macam kena tolak tepi. Malah, melenting kat aku. Sedih la kena layan macam nie, aku tak tau macam mana nak dapat dengan A nie. Aku nie bukanlah hebat sangat, tapi aku selalu berharap aku nie dilayan seperti member-member dia yang lain. Kalaupun tak dilayan seperti member-member dia yang lain, janganlah layan aku seperti sampah. Bagi aku, seteruk-teruk tak dilayan, teruk lagi dilayan macam sampah.


Berkenaan dengan isu dilayan sebagai bahan jenaka,  aku dah muak dilayan macam ini. Hampir tiap kali aku berbicara dengan mereka, aku kena "drop" ataupun kena bahan.Mungkin ada sesetengah orang berbicara dengan mengatakan bahawa bergurau senda adalah rencah dalam persahabatan, Tapi, mereka lupa bahawa gurau senda yang berlebihan akan membuatkan orang lain menjadi muak dan malah benci. Adakah berkawan dengan aku atas sekadar menjadikan aku sebagai bahan lawak mereka? Adakah aku ini tidak setaraf berbanding mereka? Aku tidak tahu, tidak mengerti, dan tidak mahu tahu. Aku hanya nak mereka hormat seperti mana aku hormat dengan mereka. Sedih memang sedih. Muak tetap muak. Benci tetap benci. Aku hanya mampu meluahkan dalam entri ini kerana melalui entri aku rasa bebas. Harapan aku adalah berhentilah menjadikan aku sebagai jenaka. Harapan ini tidak pernah padam.