Tuesday 25 March 2014

Niatku ingin berumah tangga.....

Aku melangkah masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada 7 hari bulan September 2011. Sewaktu aku melangkah masuk, tidak pernah aku terfikir untuk mencari pasangan hidup sewaktu di alam universiti. Sebagai pelajar kejuruteraan kimia, memang menjadi suatu kebiasaan jika seharian ditimbuni dengan tugasan, eksperimen, projek bersepadu dan sebagainya. Namun, setelah aku tiba di Tahun 3, aku berkenalan dengan seorang junior aku dari Terengganu. Perkenalan junior-senior adalah menjadi suatu kebiasaan bagiku. Aku berkenalan dengan dia kerana aku ingin menolong junior yang baru nak menyesuaikan diri dengan alam universiti. Setelah lama berkenalan, aku terasa semakin tertarik untuk mengenali dia. Semakin hari, semakin sayang akan dirinya. Walaubagaimanapun, aku terasa mungkin aku sekadar bertepuk sebelah tangan. Akan tetapi, aku sedar terdapat beberapa 'hint' yang dia telah tinggalkan kepadaku. Aku dapat merasakan yang dia juga mempunyai perasaan yang sama tetapi aku tidak berani memberi respon, takut akan ditolak. Semakin hari, medium komunikasi antara kami juga berubah. dari Facebook, ke Twitter, ke Whatsapp dan Line. Pada suatu hari, dia telah meluahkan perasaannya kepadaku. Aku gembira lalu memberikan respon yang positif. Aku pernah memberitahu kepadanya tujuan aku untuk menikahinya dan dia juga bersetuju.. Ku berharap agar hubungan antara aku dan dia kekal sampai ke akhir hayat....

No comments:

Post a Comment