Wednesday 18 July 2012

Compare n Banding......

Apabila diri kita dibandingkan or di"compare" dgn orang lain....pastinya kita merasa kurang senang..namun benda ine kekadang berlaku dalam kehidupan seharian kita..tak kurang juga menganggap benda ini sebagai suatu dorongan itu menjadi lebih baik pada masa hadapan.Biar aku kupas sedikit pendapat aku mengenai kes ini dari sudut positif, seperti apa yg aku cakapkan tadi, "Compare" atau "Banding" boleh mendorong kita untuk menjadi baik....misalnya, tatkala kita mengalami kesusahan untuk mencapai sesuatu impian ataupun matlamat,    kita sentiasa mencari jalan ataupun langkah utk mencapai sesuatu matlamat tersebut. Kita selalu melihat contoh orang2x or individu yg berjaya dlm bdng masing sebagai sumber inspirasi. Keadaan ini memang amat baik untk dipraktikkan. Namun begitu, fenomena ini jga seperti ubat yg mempunyai kesan sampingan yg tdak baik. Apabila seseorang individu membandingkan diri individu A dgn individu B terlalu kerap, ini akan menimbulan masalah seperti tekanan emosi kerana asyik dibandingkan. Kita harus sedar bahawa setiap orang manusia mempunyai had yg tersendiri. Malah, kita harus menerima kelemahan ataupun kekurangan yang ada pada diri sendiri agar kita menjadi seorang individu tahu erti bersyukur. Disamping itu, apabila diri kita dibandingkan dgn orang lain, cubalah kita berfikir secara positif agar minda kita kekal stabil dan memperolehi matlamat yg kita ingini...

1 comment: