Thursday 27 March 2014

Alkisah Bomoh MH370: Ditimpa sedih, Malu pun dapat.

Pada 8 Mac 2014, negara kita telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER dengan kod penerbangan iaitu MH370 telah hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat tersebut berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tgh malam dan dijangka tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi. Tatkala negara kita sedang bersedih akan kehilangan pesawat ini, negara kita juga dimalukan dengan kehadiaran dengan seorang bomoh di KLIA, atau lebih dikenali sebagai Bomoh MH370. Amat menyedihkan bagi sebuah negara Islam membenarkan perbuatan syirik ini dilakukan secara umum dan mendapat liputan media tempatan mahupun luar negara. Negara-negara lain menggunakan teknologi terkini bagi mengesan pesawat malang tersebut tapi lebih malang bagi kita, kerana kita lebih dikenali dengan adanya bomoh yang mahu mencari pesawat dengan perbuatan yang tidak masuk akal. Aktiviti seperti ritual pokok kelapa, duduk atas tikar seolah-olah cerita Laksama DoReMi dan menggunakan bumbu untuk mencari pesawat malang tersebut. Perbuatan tersebut sememangnya jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Tindakan ini sedemikian telah mencemarkan nama baik negara kita dan menjadikan negara kita ini "bodoh" di peringkat antarabangsa. Mencari populariti ketika negara sedang berduka bukanlah cara terbaik dan jika tidak mampu membantu pasukan menyelamat (SAR) secara fizikal, bantulah mereka dari segi spiritual seperti berdoa kepada Allah S.W.T bagi mempermudahkan usaha mereka mencari pesawat yang hilang. Diharap pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan ke atas Bomoh MH370 bagi mencegah perbuatan syirik dan membersihkan nama negara kita,MALAYSIA.

#PrayForMH370

Tuesday 25 March 2014

Niatku ingin berumah tangga.....

Aku melangkah masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada 7 hari bulan September 2011. Sewaktu aku melangkah masuk, tidak pernah aku terfikir untuk mencari pasangan hidup sewaktu di alam universiti. Sebagai pelajar kejuruteraan kimia, memang menjadi suatu kebiasaan jika seharian ditimbuni dengan tugasan, eksperimen, projek bersepadu dan sebagainya. Namun, setelah aku tiba di Tahun 3, aku berkenalan dengan seorang junior aku dari Terengganu. Perkenalan junior-senior adalah menjadi suatu kebiasaan bagiku. Aku berkenalan dengan dia kerana aku ingin menolong junior yang baru nak menyesuaikan diri dengan alam universiti. Setelah lama berkenalan, aku terasa semakin tertarik untuk mengenali dia. Semakin hari, semakin sayang akan dirinya. Walaubagaimanapun, aku terasa mungkin aku sekadar bertepuk sebelah tangan. Akan tetapi, aku sedar terdapat beberapa 'hint' yang dia telah tinggalkan kepadaku. Aku dapat merasakan yang dia juga mempunyai perasaan yang sama tetapi aku tidak berani memberi respon, takut akan ditolak. Semakin hari, medium komunikasi antara kami juga berubah. dari Facebook, ke Twitter, ke Whatsapp dan Line. Pada suatu hari, dia telah meluahkan perasaannya kepadaku. Aku gembira lalu memberikan respon yang positif. Aku pernah memberitahu kepadanya tujuan aku untuk menikahinya dan dia juga bersetuju.. Ku berharap agar hubungan antara aku dan dia kekal sampai ke akhir hayat....